Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abu Bakar bin `Aydrus bin `Umar bin `Aydrus bin `Umar bin Abu Bakar bin `Aydrus bin al-Husain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim adalah seorang tokoh ulama ahlil bait kelahiran Tarim, Hadhramaut. Beliau dilahirkan dalam tahun 1332H. Selain berguru dengan ayahandanya yang terkenal alim, beliau juga turut berguru dengan Habib `Ali
bin `Abdur Rahman al-Masyhur, Habib `Abdullah bin `Umar Asy-Syathiri, Habib `Alwi bin `Abdullah bin Syihab dan ramai lagi ulama Hadhramaut. Beliau juga telah mengembara ke
Dalam menyampaikan dakwah, Habib Muhammad terkenal lantang dalam menyeru umat kepada jalan Allah dan syariatNya. Vokalnya dalam menyampaikan kebenaran tidak dapat dihalang sehingga dengan kepala diacukan pistol beliau telah menyatakan kebenaran tanpa takut dan gentar. Hal ini membuat gusar pemerintah pemberontak komunis pada waktu itu, sehingga pada bulan Dzul Hijjah 1392H tatkala beliau dan anakandanya Habib Umar yang baru berusia 9 tahun beri'tikaf dalam Masjid Jami` Tarim menunggu masuk waktu sholat Juma’at, Habib Muhammad telah dijemput oleh 2 orang polis dan dibawa ke balai yang berdekatan. Sehingga usai sholat Jumaat, Habib Muhammad tidak kembali lagi. Sejak saat itu tidak ada khabar berita mengenai beliau dan tidak diketahui beliau telah wafat atau masih hidup. Ramai yang percaya bahwa beliau telah dibunuh syahid oleh pemberontak komunis tersebut karena khuatir akan pengaruh dan kelantangan beliau. Kini perjuangan dakwahnya diteruskan oleh murid-murid dan zuriat beliau, antaranya yang masyhur ialah Habib `Umar Bin Hafidz. Mudah-mudahan Allah melimpahkan keredhaanNya ke atas Habib Muhammad Bin Hafidz dan memberikan kepada kita sekalian keberkatan dan manfaat ilmunya.
Al-Fatihah.......
0 Response to "Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz"
Posting Komentar
Untuk yang ingin menyampaikan kritik membangun, saran, info atau pertanyaan, silahkan mengisi kotak komentar dibawah ini.
Komentar anda akan direview kembali sebelum ditayangkan, demi kenyamanan pembaca.
Terima kasih